Sunday, May 11, 2014

PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN DAN DUN PERAK MERESAHKAN KRONI PEMIMPIN TERTENTU.




JIKA BERLAKU ..... ANDA BAGAIMANA?


SEMPADAN PARLIMEN DAN DUN PRU 13


Pengalaman meminda sempadan Parlimen Lumut di Tahun 2001 untuk dicadangkan ke SPR memberi pengajaran kepada saya agar dapat dikongsi bersama di kalangan para pemimpin UMNO di setiap peringkat.


LATAR BELAKANG

Di awal tahun 2000an, Parlimen P074 Lumut mempunyai lebih dari 70,000 pemilih. DUNnya ada 3 iaitu N50 Sitiawan, N51 Pasir Panjang dan N52 Pangkor.

Mantan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Allahyarham Dato' Mohd Wajdi Hj Ishak meminta jasabaik saya untuk "MELAKARKAN SEMUA Peta Parlimen Lumut agar diwujudkan sebuah lagi PARLIMEN demi menunaikan hasrat Pemilih Kaum Melayu di dalam Daerah Manjung berhajatkan seorang Wakil Rakyat (TOTAL MELAYU)".

Hasrat Mantan Ketua Bahagian ini telah disuarakan di dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang menyebabkan ... RAMAI YANG KURANG SELESA terutama KRONI dan PENYANDANG/LANTIKAN BAHAGIAN kerana sebahagian besar dari AJK dan Penyandang Bahagian AKAN BERPISAH SECARA AUTOMATIK dengan Mantan Ketua Bahagian.

Saya telah menyuarakan hasrat Mantan Ketua Bahagian ini kepada Ketua Pemuda semasa itu iaitu Dr Zambry Abd Kadir (belum menajdi ADUN lagi) agar beliau dapat menerajui BAHAGIAN BARU jika dipersetujui oleh pihak SPR. Dengan rasa berat hati, Dr Zambry bersetuju demi HASRAT ASAL iaitu MELAHIRKAN SEBUAH PARLIMEN di mana Majoriti Kaum Melayu melebihi 60% di dalam Daerah Manjung.

Jika menjadi kenyataan, maka akan terbitlah sebuah DUN Baru dan sebuah Parlimen Baru iaitu :-

1.   PARLIMEN LUMUT
      -  DUN Pangkor
      -  DUN Manjung Raya (baru)

2.   PARLIMEN LEKIR (baru)

      -  DUN Sitiawan
      -  DUN Pasir Panjang


Naib, Setiausaha, Ketua Penerangan, Setiausaha Kerja dan ramai lagi AJK Bahagian Lumut terpaksa berpindah ke Bahagian Lekir (baru) dengan berketuakan Dr Zambry Abd kadir.

KESANNYA .... CADANGAN PERSEMPADANAN "TELAH DISEBOTAJ" OLEH PIHAK DALAMAN kerana ... sebahagian besar dari AJK dan Penyandang Bahagian secara Automatik mereka akan berpindah ke Parlimen/Bahagian Baru ... di mana Dr Zambry Abd Kadir menerajuinya.

Sekumpulan AJK Pemuda Bahagian cuba mencadangkannya ... tapi terlambat .... TEMPOH TAMAT.


THE MORAL OF THE STORY


AJK/PENYANDANG/KRONI BAHAGIAN akan cuba SEBOTAJ jika KEPENTINGAN MEREKA TERGUGAT.

Oleh itu, HINDARKAN dari pengetahuan AJK UMNO Bahagian Berkenaan. Dalam ertikata lain, PENGURUSAN NEGERI perlu mengambil alih tugas ini dengan melantik sebuah "JENTERA KHAS" YANG BERPENGALAMAN dan MEMPUNYAI JATIDIRI YANG TINGGI.


HUBAYA-HUBAYA





No comments:

Post a Comment