Friday, April 7, 2017

ADAKAH PAKATAN HARAPAN SUDAH MEMINDAHKAN PENGUNDI ?



RAMAI PENGUNDI PAKATAN HARAPAN YANG BERPINDAH

GAMBAR HIASAN SAHAJA

PRU 13 lalu hingga kini takkanlah Pemilihnya BERTAMBAH KURANG. Sepatutnya, semua kawasan pilihanraya bertambah ... ini tidak ... bertambah kurang pulak.

Persoalanya .....
1.   Kemana mereka berpindah atau dipindahkan?
2.   Kenapa mereka berpindah ... apa tujuannya?


-735JELAPANG
-1044KEPAYANG
-1162KUALA KURAU
-1476PASIR BEDAMAR
-1876MALIM NAWAR
-2130SELINSING
-2213PASIR PINJI
-3287TRONOH



Kawasan Pilihanraya yang hampir kebanyakannya semua BN menang TIPIS.

Jadi, besar kemungkinan mereka berpindah untuk MERANAPKAN BN di kawasan tertentu atau mengekalkan kemenangan mereka di kawasan tertentu.


HUBAYA-HUBAYA







Tuesday, April 4, 2017

ADUN BN PERAK MANA YANG TERPILIH LAGI DI PRU 14 INI?


GAMBAR HIASAN SAHAJA
"SAYA SEDOR DIRI"
BILA SAYA DAPAT BERGAMBAR MACAM INI
TAK SEMESTINYA SAYA LAYAK DIJADIKAN CALON

Beberapa PRU yang lalu, terdapat beberapa YB yang tidak terpilih menjadi Calon di PRU seterusnya.

Ada berlaku, walaupun baru sepenggal menjawat sebagai ADUN atau AHLI PARLIMEN di Perak. Di antaranya .... (Mantan ADUN Bota) yang menang di PRU 2004 dan tidak terpilih lagi sekali di PRU 2008.

1.   Kemungkinan akan berlaku perkara sedemikian di PRU 14 ini. Siapa dan DUN manakah perkara seumpama ini bakal berlaku?. Aku sebagai Pemerhati Politik Tempatan MERASA YAKIN akan berlaku perkara sebegini di PRU 14 ini tapi SIAPA dan DI MANA .... sama-samalah kita tunggu. Sesiapa yang terlibat ... janganlah MERAGAM pulak kerana ... KITA SENTIASA DI FOKUS berkaitan dengan PRESTASI "MAMPU MENANG" melawan Calon Lawan.

DUN yang menjadi keutamaan semestinya ... DUN MAJORITI KRITIKAL di samping "SERANGAN" yang DIGEMBAR-GEMBURKAN oleh Pihak-pihak Yang Berminat Untuk Menjadi Calon.

JUGA ....

2. ADUN-ADUN "KUTAI" dijangkakan akan DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA digantikan dengan PEMIMPIN PELAPIS. Biasanya, ADUN yang sudah menjawat lebih dari DUA PENGGAL dan prestasinya diragui. Semasa menjawat, ADUN begini baru berumur di awal 40an .... sekarang dah menjangkau 50an bahkan ada yang dah 60an atau hampir 70an.

Saya bukan berniat untuk MENIDAKKAN KEWIBAWAAN "ADUN OTAI" tetapi yang saya maksudkan adalah "ADUN KUTAI" di mana menunggu masa sahaja untuk DIJUMUDKAN @ DIGUGURKAN @ TERGUGUR. 

Kadang2 .... ada ADUN yang menyarankan PELAPIS PILIHAN untuk menggantikannya yang selalunya .... ADA KAIT MENGAIT DENGANNYA seperti ANAK BERANAK atau ANAK DIDIK @ KRONI PILIHAN.

AKAN TETAPI .... yang paling merisaukan adalah .... CALON PENGGANTI yang bukan PILIHAN PENYANDANG bahkan MUSUH POLITIKNYA atau CALON PAYUNG TERJUN. 

Parlimen Parit, DUN Belanja dan DUN Bota pernah KALAH 3:0 di PRU 1999 kerana Calon yang diletakkan .... Penyandang serta AJK Bahagian memprotes dengan cara MENSEBOTAJ CALON BN .....
P069 PARIT > PAYUNG TERJUN (Dato' Megat Junit)
N39 BOTA > PRESTASI TERUK
N38 BELANJA > KESAN SEBOTAJ AJK BAHAGIAN

Mari kita lihat .... DUN dan ADUN BN mana yang bekal TERKELUAR di PRU 14 ini. Kita mulakan dengan N1 Pengkalan Hulu ..... dan akhirnya N59 Behrang. Rata-rata setiap ADUN ada masalahnya ... KALAU TAK PERCAYA ... TANYA MUSUHNYA akan tetapi jika ditanya dari kroninya .... "NO PROBLEM ... YB MASIH MANTAPPP". Adakah MANTAP dalam ertikata sebenar-benar atau MANTAP disebabkan ... SENANG CARI MAKAN.

PRU 14 ini ... bukan PRU SEMBARANGAN .... macam-macam boleh terjadi sama ada BN BOLEH MENANG dan BOLEH KALAH kerana 10 DUN BN ADALAH DUN KRITIKAL di mana MAJORITINYA .... KURANG DARI 10% di PRU 13 lalu.

o.Kawasan DUNMenjadi ADUNMewakili Parti
N1Pengkalan HuluAznel IbrahimBN (UMNO)
N2TemenggorSalbiah MohamedBN (UMNO)
N3KeneringMohd Tarmizi IdrisBN (UMNO)
N4Kota TampanSaarani MohamadBN (UMNO)
N5SelamaMohamad Daud Mohd YusoffBN (UMNO)
N6Kubu GajahAhmad Hasbullah AliasBN (UMNO)
N7Batu KurauMuhammad Amin ZakariaBN (UMNO)
N8Titi SerongAbu Bakar HussianPAS
N9Kuala KurauAbdul Yunus JamahriPKR
N10Alor PongsuSham Mat SahatBN (UMNO)
N11Gunong SemanggolMohd Zawawi Abu HassanPAS
N12SelinsingHusin DinPAS
N13Kuala SapetangChua Yee LingPKR
N14Changkat JeringMohammad Nizar JamaluddinPAS
N15TrongZabri Abd WahidBN (UMNO)
N16KamuntingMohammad Zahir Abdul KhalidBN (UMNO)
N17Pokok AssamTeh Kok LimDAP
N18AulongLeow Thye YihDAP
N19ChenderohZainun Mat NoorBN (UMNO)
N20Lubok MerbauSiti Salmah Mat JusakBN (UMNO)
N21LintangMohd Zolkafly HarunBN (UMNO)
N22JalongLoh Sze YeeDAP
N23ManjoiMohamad Ziad Mohamed Zainal AbidinBN (UMNO)
N24Hulu KintaAminuddin Md HanafiahBN (UMNO)
N25CanningWong Kah WohDAP
N26Tebing TinggiOng Boon PiowDAP
N27Pasir PinjiLee Chuan HowDAP
N28BerchamCheong Chee KhingDAP
N29KepayangNga Kor MingDAP
N30BuntongA. SivasubramaniamDAP
N31JelapangTeh Hock KeDAP
N32MenglembuLim Pek HarDAP
N33TronohYong Choo KiongDAP
N34Bukit ChandanMaslin Sham RazmanBN (UMNO)
N35ManongMohamad Kamil ShafieBN (UMNO)
N36Pengkalan BaharuAbd Manaf HashimBN (UMNO)
N37Pantai RemisWong May IngDAP
N38BelanjaMohd Nizar ZakariaBN (UMNO)
N39BotaNasarudin HashimBN (UMNO)
N40Malim NawarLeong Cheok KengDAP
N41KeranjiChen Fook ChyeDAP
N42Tualang SekahNolee Ashilin Mohammed RadziBN (UMNO)
N43Sungai RapatRadzi ZainonPAS
N44Simpang PulaiTan Kar HingPKR
N45TejaChang Lih KangPKR
N46ChenderiangMah Hang SoonBN (MCA)
N47Ayer KuningSamsudin Abu HassanBN (UMNO)
N48Sungai ManikZainol Fadzi PaharudinBN (UMNO)
N49Kampong GajahAbdullah Fauzi Bin Ahmad RazaliBN (UMNO)
N50SitiawanNgeh Koo HamDAP
N51Pasir PanjangRashidi IbrahimBN (UMNO)
N52PangkorZambry Abdul KadirBN (UMNO)
N53RungkupShahrul Zaman YahyaBN (UMNO)
N54Hutan MelintangS. KesavanPKR
N55Pasir BedamarTerence NaiduDAP
N56Changkat JongMohd Azhar JamaluddinBN (UMNO)
N57SungkaiSivanesan AchalingamDAP
N58SlimMohd Khusairi Abdul TalibBN (UMNO)
N59BehrangRusnah KassimBN (UMNO)

Jadi, saya nasihatkan kepada ADUN BN .... JAGA PRESTASI KERJA dan juga YANG BERHAJAT NAK JADI CALON .... jika tak ada CERMIN BESOR DI RUMAH .... pergi ke kedai gunting .... CERMIN DIRI @ MUHASABAH DIRI sama ada MASIH RELEVAN atau TIDAK.

Jika TIDAK TERPILIH .... JANGAN KHIANAT PARTI kerana anda akan dijadikan BAHAN SEJARAH .... contohnya :-

"Kesan dari SEBOTAJ AJK Bahagian ... PRU 1999 PARIT KALAH 3:0 .... mereka yang terlibat adalah Si Polan .... Si Polan .... Si Polan. Mereka ini ... TIDAK LAYAK DIJADIKAN CALON KERANA .... MEREKA PERNAH MENJADI PENGKHIANAT PARTI"

Bukan senang nak memadamkannya .... jadi ... ingat-ingatlah.



HUBAYA-HUBAYA










Sunday, April 2, 2017

12 DUN BN PERAK TERLALU KRITIKAL DI PRU 14







BN memenangi 31 kerusi DUN PERAK (30 UMNO + 1 MCA) di PRU 13 lalu. Dari 31 kerusi .... 12 DUN di bawah MAJORITI 10% jika dibandingkan MAJORITI dan JUMLAH PEMILIH.

Dalam ertikata lain .... hanya 19 DUN saja dalam kategori SELAMAT berbanding DAP .... semua 18 DUNnya SELAMAT.

Kalau sekiranya DUN ini berkeceramuk semasa PRU 14 nanti ... ada kemungkinan .... LESAP KE TANGAN PAKATAN.


0.3%MANJOI 
0.4%LUBOK MERBAU
0.8%PASIR PANJANG
1.3%MANONG
3.2%KAMUNTING 
3.8%CHANGKAT JONG
4.0%RUNGKUP
4.0%SELAMA
6.0%BUKIT CHANDAN
7.4%SUNGAI MANIK
8.6%BEHRANG
8.6%KUBU GAJAH


Kita masih menunggu khabar berita dari Pihak Kepimpinan PAS dan UMNO sama ada ada BERITA BAIK atau SEBALIKNYA.


Saya tak mau komen apa-apa lagi ... cuma sama-sama kita berharap agar BN dapat mempertahankan DUN-DUN ini.

AMIN.

Saturday, April 1, 2017

RENDAH SANGATKAH MERTABAT KAUM INDIA DI DALAM PAKATAN?




Bukan sekali, bukan dua kali ... bahkan dah berkali-kali Kaum India diketepikan oleh Pakatan Harapan pabila ada Program Tertentu.

Adakah Kaum India tak layak bersama mereka?
Adakah Kaum India tak ada pemimpin yang setaraf dengan Pemimpin mereka?
Adakah Kaum India tak mampu nak bayar?

ADAKAH MEREKA HANYA PERLUKAN "UNDI" SAHAJA?

Mari kita lihat di bawah ini .... tak ada seorang pun Pemimpin kaum India yang terpapar. Kemana mereka pergi atau mereka tak setaraf dengan Pemimpin Pakatan Harapan yang lain?

BERINGATLAH ...

Sekali kena tipu .... mungkin kita SILAP
Dua kali kena tipu ... mungkin kita LALAI
BERKALI-KALI KENA TIPU .... apa cerita nyer ni?

Saya Sekadar Ingat Mengingati.



LULUS "A" SAJA YANG LAYAK JADI COUNTING AGEN BARISAN NASIONAL



KEUTAMAAN YANG DIALPAKAN 
DALAM PRU



Sejak PRU 1978, aku dah mula menceburkan diri dalam PRU dan PRU 1982 aku mula mengundi dan melibatkan diri dalam Jentera PRU.  Berbagai KEALPAAN atau KELALAIAN yang dilakukan oleh Jentera PRU.

Kali ini saya ingin mengajak semua yang terlibat dalan Jentera PRU berbincang mengenai COUNTING AGEN.

Kita meletakkan SESIAPA SAHAJA menjadi Counting Agen. Tahukah bahawa PETUGAS INI amat penting dalam mana-mana Pilihanraya kerana .... KEPUTUSAN PRU BERMULA DI SINI.

Jika kita hanya meletakkan SESIAPA SAHAJA tanpa mengambil kira PENGETAHUANnya mengenai KERTAS UNDI ..... sama ada TERIMA, RAGU atau ROSAK.

Paling sedih .... PRU 1999 di mana COUNTING AGEN di sebotaj oleh Pihak Barisan Alternatif di mana .... semua 4 Counting Agen diwakili oleh Pihak BA. Juga, 12 keping Kertas Undi BN dikira 10 sementara 8 Kertas Undi BA dikira 10. Saya tak mau menyebut di mana ianya berlaku .... Kerjasama Pihak Pegawai PRU memihak kepada Barisan Alternatif tidak dinafikan .... hingga salah seorang dari Counting Agen menghentak meja agar .... DIBUKA STAPLER dan DIKIRA SEMULA agar ianya distapler 10 : 10 bukannya 12:8

 Di mana perginya Counting Agen BN .... kenapa ini boleh terjadi?
Oleh itu, bagi menghadapi PRU 14 ini .... BN PERLU BERBENGKEL dan MEMBERI UJIAN KHAS kepada BAKAL COUNTING AGEN.  Sesiapa yang LULUS "A" akan dilantik menjadi COUNTING AGEN.  Tindakan seperti ini telah lama dilakukan oleh PIHAK PEMBANGKANG di mana mereka akan berkursus dan berbengkel serta diberi UJIAN KELAYAKAN.

Saya bukan bercakap kosong .... saya telah menyediakan 2 set soalan (Parlimen dan DUN) untuk digunapakai. 40 + 40 soalan berbagai bentuk KERTAS UNDI disediakan dan peserta bengkel hanya perlu menjawab SECARA OBJEKTIF sahaja. Peserta yang lulus diberikan SIJIL KELAYAKAN untuk bertugas di mana-mana PETI UNDI BN dengan syarat mereka mendaftarkan diri di kawasan berkenaan.
KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF


Saya ada terdengar Pihak Atasan BN peka terhadap perkara ini .... akan tetapi hingga kini .... BELUM ADA TINDAKAN yang sepatutnya.

PEKA TANPA TINDAKAN ... tak bermakna kecuali dilaksanakan dengan segera.  Buku-buku Panduan Kertas Undi memang ada disediakan .... ramai yang membacanya tapi kebanyakannya akan berkata .... "Ini aku pun tau" tapi pernahkah mereka yang berkenaan MENGAMBIL UJIAN?

Jika ada sekalipun ..... apa pencapaiannya ... jika 30/40 yang betul .... sama sekali TIDAK LAYAK MENJADI COUNTING AGEN.

Di samping itu, COUNTING AGEN janganlah yang RABUN, KERAP KENCING, LATAH dan PENAKUT UNTUK BERTENGKAR kerana .... akan berlaku pertelagahan terhadap KERTAS UNDI RAGU dsbnya.

Ikhlas dari saya .... silah beri perhatian.

Terima kasih.



HUBAYA-HUBAYA



Thursday, March 30, 2017

BN DAN PAS MUNGKIN BERGABUNG DI PRU 14



BIARKAN GAMBAR BERBICARA















AMIN 



PRU 14 PERAK .... DUN BN YANG SELAMAT HANYA 21 SAHAJA






Perak mempunyai 59 DUN :-
31 = BN
18 = DAP
05 = PAS
05 = PKR


Tanpa mengira SEMPADAN BARU atau PERPINDAHAN PENGUNDI, berikut adalah analisa hingga setakat ini.

Yang boleh dikatakan SELAMAT hanyalah :-
21 = BN
17 = DAP
02 = PKR
01 = PAS


Yang KRITIKAL
10 = BN
01 = DAP
03 = PKR
04 = PAS



Apakah DUN-DUNnya?
Takkanlah aku nak bukak semuanya tetapi .... mari kita lihat bahawa DAP sentiasa di hadapan iaitu 17 kerusi .... TANPA CABARAN sementara BN terpaksa mengkaji PENGARUH PPBM, PAN dan PAS masakini dan akan datang bagi mempertahankan kerusi di PRU 13 lalu di samping merampas DUN dari parti lain terutamanya PAKATAN.

Jika BN gagal mempertahankan 10 kerusi DUN Berkenaan .... maka Kerajaan Perak bertukar tangan.