Wednesday, June 27, 2012

KESAN DARI "GOING" OR "MAYBE GOING" DALAM MEDIA SOSIAL AMAT TERUK SEKALI.



BERSAMA ORANG KUAT 
KONVENSYEN MEDIA SOSIAL PUSAT


Alangkah terkejutnya saya dan juga mungkin juga  Urus Setia Konvensyen merasainya apabila kehadiran para peserta tidak sampai 1500 orang. Persiapannya adalah begitu.  

BERJUMPA KEMBALI UNTUK MENGURUSKAN
KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 
PERINGKAT NEGERI PERAK

Aku sebagai Pengasas BN Perak Cemerlang dipohon untuk membantu Konvensyen Media Sosial ini. Aku bantu mengikut kemampuan aku.  Dengan bantuan Rakan-rakan lain BNPC telah berjaya mengumpulkan 828 peserta yang "GOING" dan "MAYBE GOING" dari Pelusuk Tanah Air terutama dari Rakan Media Sosial dari Perak.  

BERSAMA POSTER PELANCARAN MEDIA SOSIAL 
OLEH YAB PM DI PWTC
(AKU MINTA DARI URUS SETIA SEBAGAI KENANGAN)


Urus Setia Konvensyen dengan bantuan Jabatan-jabatan Berkenaan telah mula turun padang beberapa minggu sebelumnya dengan mengadakan Sesi Perjumpaan/Mesyuarat bagi menjayakan program ini.   

"ORANG BESOR" INI 
BERSAMA-SAMA TURUN PADANG 
HINGGA LEWAT MALAM


PERSIAPAN DEWAN 
UNTUK MENYAMBUT PARA PESERTA


MENGURUSKAN PERSIAPAN PARA PESERTA


Beberapa perkara yang aku musykilkan di sini yang aku rasa aku tau sebahagian dari puncanya dan mungkin ada pihak yang lagi TAHU ..... kenapa KEHADIRAN BEGITU MENGECEWAKAN?.

1.   Terdapat Jabatan Kerajaan yang berjanji menghantar peserta... langsung tak ada.

2.   Program UMNO (sebagai Dominan BN) mengadakan berbagai Program pada tarikh tersebut.

3.    Yang paling MENYEDIHKAN hati saya, selaku PEMBEKAL TERBESAR PESERTA, sebahagian BESAR dari 828 yang tanda "GOING" dan "MAYBE GOING" tak nampak batang hidung langsung (kemungkinan ada KECEMASAN).

KESIMPULANNYA DI SINI ....... 

Ada sebahagian besar dari Pengamal FB, mempunyai TABIAT yang sukar dibendung iaitu AKAN "JOIN" apabila ternampak "EVENT" PROGRAM yang dipaparkan TANPA MEMPERDULIKAN MASALAH YANG AKAN TIMBUL KESAN DARI TINDAKANNYA.    



KEDUA-DUA PROGRAM INI
MENDUKACITAKAN SAYA 
SEOLAH-OLAH "DIITIPU" ATAU "TERTIPU"

Kenyataan saya ini bukan ditujukan kepada SEMUA, kepada yang memang ada KEUDZURAN adalah dikecualikan.

Oleh itu, saya MENYERU .... agar semua PENGAMAL MEDIA SOSIAL AGAR LEBIH PEKA dan BACALAH TERLEBIH DAHULU TERMA DAN SYARAT yang diberikan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan "JOIN".

Maaf, ini adalah TEGURAN IKHLAS dari saya dan saya berharap di masa akan datang, elakkanlah BERLAKU LAGI.

Kepada yang HADIR ke Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Perak pada 19 Mei 2012 yang lalu diucapkan TERIMA KASIH dan
saya selaku PENGASAS BNPC juga memohon ribuan kemaafan jika terdapat kekurangan sebabnya ... BNPC HANYA SEBAGAI PEMBANTU SAHAJA.

Juga, kepada Tetamu Kehormat, YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang hadir secara tergesa-gesa meninggalkan majlis setelah UPACARA PERASMIAN (disebabkan ada Program Rasmi berkaitan dengan Keberangkatan DYTM Raja Muda Perak) diucapkan berbanyak terima kasih.   


Begitu juga, Rakan Urus Setia yang datang dari Luar Perak, diucapkan TQVM dan JANGAN SERIK .... 

Sekian, adanya. 


WASALLAM

No comments:

Post a Comment