Saturday, April 1, 2017

LULUS "A" SAJA YANG LAYAK JADI COUNTING AGEN BARISAN NASIONAL



KEUTAMAAN YANG DIALPAKAN 
DALAM PRU



Sejak PRU 1978, aku dah mula menceburkan diri dalam PRU dan PRU 1982 aku mula mengundi dan melibatkan diri dalam Jentera PRU.  Berbagai KEALPAAN atau KELALAIAN yang dilakukan oleh Jentera PRU.

Kali ini saya ingin mengajak semua yang terlibat dalan Jentera PRU berbincang mengenai COUNTING AGEN.

Kita meletakkan SESIAPA SAHAJA menjadi Counting Agen. Tahukah bahawa PETUGAS INI amat penting dalam mana-mana Pilihanraya kerana .... KEPUTUSAN PRU BERMULA DI SINI.

Jika kita hanya meletakkan SESIAPA SAHAJA tanpa mengambil kira PENGETAHUANnya mengenai KERTAS UNDI ..... sama ada TERIMA, RAGU atau ROSAK.

Paling sedih .... PRU 1999 di mana COUNTING AGEN di sebotaj oleh Pihak Barisan Alternatif di mana .... semua 4 Counting Agen diwakili oleh Pihak BA. Juga, 12 keping Kertas Undi BN dikira 10 sementara 8 Kertas Undi BA dikira 10. Saya tak mau menyebut di mana ianya berlaku .... Kerjasama Pihak Pegawai PRU memihak kepada Barisan Alternatif tidak dinafikan .... hingga salah seorang dari Counting Agen menghentak meja agar .... DIBUKA STAPLER dan DIKIRA SEMULA agar ianya distapler 10 : 10 bukannya 12:8

 Di mana perginya Counting Agen BN .... kenapa ini boleh terjadi?
Oleh itu, bagi menghadapi PRU 14 ini .... BN PERLU BERBENGKEL dan MEMBERI UJIAN KHAS kepada BAKAL COUNTING AGEN.  Sesiapa yang LULUS "A" akan dilantik menjadi COUNTING AGEN.  Tindakan seperti ini telah lama dilakukan oleh PIHAK PEMBANGKANG di mana mereka akan berkursus dan berbengkel serta diberi UJIAN KELAYAKAN.

Saya bukan bercakap kosong .... saya telah menyediakan 2 set soalan (Parlimen dan DUN) untuk digunapakai. 40 + 40 soalan berbagai bentuk KERTAS UNDI disediakan dan peserta bengkel hanya perlu menjawab SECARA OBJEKTIF sahaja. Peserta yang lulus diberikan SIJIL KELAYAKAN untuk bertugas di mana-mana PETI UNDI BN dengan syarat mereka mendaftarkan diri di kawasan berkenaan.
KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF


Saya ada terdengar Pihak Atasan BN peka terhadap perkara ini .... akan tetapi hingga kini .... BELUM ADA TINDAKAN yang sepatutnya.

PEKA TANPA TINDAKAN ... tak bermakna kecuali dilaksanakan dengan segera.  Buku-buku Panduan Kertas Undi memang ada disediakan .... ramai yang membacanya tapi kebanyakannya akan berkata .... "Ini aku pun tau" tapi pernahkah mereka yang berkenaan MENGAMBIL UJIAN?

Jika ada sekalipun ..... apa pencapaiannya ... jika 30/40 yang betul .... sama sekali TIDAK LAYAK MENJADI COUNTING AGEN.

Di samping itu, COUNTING AGEN janganlah yang RABUN, KERAP KENCING, LATAH dan PENAKUT UNTUK BERTENGKAR kerana .... akan berlaku pertelagahan terhadap KERTAS UNDI RAGU dsbnya.

Ikhlas dari saya .... silah beri perhatian.

Terima kasih.



HUBAYA-HUBAYA



No comments:

Post a Comment