Wednesday, June 27, 2012

" BNPC GROUP FBloggers " MOHON RAKAN BNPC BERI KERJASAMA







"BNPC GROUP FBloggers" dilancarkan hari ini.


BN Perak Cemerlang (BNPC) adalah berasal dari Akaun FB yang bernama BERITA PERAK TERKINI (BPT).


+

Tujaun BPT diwujudkan adalah tidak lain tidak bukan untuk:-

1.   Menyediakan TAPAK untuk Rakan FB berkumpul memaparkan AKTIVITI HARIAN masing terutama Para Pemimpin Tempatan khasnya Pemimpin di dalam Negeri Perak DR.

2.   Bersembang, berbincang, berhujjah serta bertukar-tukar ide yang bersangkutan dengan Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

Malangnya, sambutan agak KURANG MENGGALAKKAN, masing-masing dengan AKAUN FB masing-masing dan ada juga PEMIMPIN YANG TIADA AKAUN FBnya atau pun ADA YANG MENYOROKKAN IDENTITI agar tidak diketahui oleh orang lain.

Selepas sekian lama, Akaun FB Berita Perak Terkini (BPT) ini ditukarkan namanya ke LABUN CIKGULIN (BN Perak Cemerlang).

Selepas merasa yakin, Labun Cikgulin telah membuka Satu Group yang dinamakan BN PERAK CEMERLANG (BNPC) yang BERTEMAKAN ..... TIADA PAPARAN BERKAITAN DENGAN PEMBANGKANG DIALU-ALUKAN walaupun terdapat segelintir ada PENYOKONG PEMBANGKANG TEGAR di dalamnya.

Jadi, pada hari ini .... saya (Cikgu Lin) telah membuka satu Laman Media lagi khas untuk Ahli BNPC yang mempunyai Blog. Tujuannya adalah :-

1.   Menyatukan Blogger BNPC agar dapat kita berkongsi maklumat di antara satu sama lain.
2.   Memudahkan Rakan BNPC mengenalpasti dan membezakan BLOG PENYOKONG BN dan BUKAN BN.
3.   Memudahkan Rakan FB mencari maklumat dan menyebarkannya melalui Laman FB masing-masing.

Oleh itu, saya menyeru dan mengalu-alukan Blogger BNPC untuk turut serta dengan cara MEMBENARKAN SAYA MENYENARAIKAN BLOG ANDA di sini.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai BLOG serta dengan ikhlas MENGIZINKAN untuk DISENARAIKAN .... silalah berikan "HOME BLOG ANDA" menerusi komen di bawah ini.

Kerjasama anda serta Rakan BNPC sekalian, adalah dihargai serta diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

SEKIAN, SELAMAT BERJUANG DENGAN JATIDIRI.





No comments:

Post a Comment